Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

RMK13 : Melakar Semula Pembangunan

Jul 31, 2025


RMK13 : Melakar Semula Pembangunan

Rancangan Malaysia Ke-13 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Tema RMK13 adalah Melakar Semula Pembangunan dengan menggariskan 3 kebijakan utama iaitu memperkukuh tatakelola yang baik, menaikkan siling dan menaikkan lantai.

Antara yang menjadi fokus kerajaan dalam pembentangan itu adalah kos sara hidup rakyat.

Kerajaan juga akan membina 1 juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 2026 hingga 2035.

Tambah Perdana Menteri, inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

Sementara itu, peruntukan sebanyak RM67 bilion diumumkan bagi sektor Pendidikan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut umum kerajaan akan mewajibkan Pendidikan prasekolah bermula umur 5 tahun selain lebih banyak prasekolah diwujudkan terutamanya di kawasan desa. 

Skim Pembiayaan Perkasa Pendidikan dan Latihan TVET MADANI serta Dana Latihan TVET akan diperkenalkan bagi menggalakkan penyertaan belia dalam pasaran kerja.

Sistem kesihatan pula bakal terima peruntukan sebanyak RM40 bilion termasuk untuk kurangkan perbelanjaan rakyat dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Kerajaan dalam pada itu menyasarkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM611 bilion bagi menjayakan RMK13.

Daripada jumlah itu, peruntukan pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak RM430 bilion.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us