← Back to list
Thailand Kemboja Setuju Gencatan Senjata
Jul 28, 2025
Thailand Kemboja Setuju Gencatan Senjata
Kemboja dan Thailand bersetuju untuk melakukan gencatan senjata berkuat kuasa tengah malam ini.
Ia hasil mesyuarat khas babitkan pemimpin kedua-dua negara itu yang berlangsung di Putrajaya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengantaranya.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar selaku Pengerusi ASEAN mencadangkan satu perjanjian damai antara kedua-dua pihak susulan konflik sempadan yang tercetus baru-baru ini.
Ketegangan antara Thailand dan Kemboja meningkat sejak Mei susulan insiden konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan yang dipertikaikan.
Op Selamat PaPa akan bermula Jumaat ini
Operasi Selamat Paru-Paru atau Op Selamat PaPa akan bermula Jumaat ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, ia bagi memperkukuh penguatkuasaan Akta 852 khususnya terhadap vape.
Operasi itu katanya bukan sahaja untuk melindungi golongan lelaki sebagai perokok utama, tetapi juga wanita dan ahli keluarga lain yang terdedah kepada asap basi atau passive smoking.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca