← Back to list
Jangan Remehkan Bantuan RM100
Jul 24, 2025
Jangan Remehkan Bantuan RM100
Perdana Menteri ingatkan semua pihak jangan pandang remeh nilai bantuan tunai tambahan RM100 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang diumumkan semalam.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia mungkin dianggap kecil bagi golongan berpendapatan tinggi namun amat bermakna buat rakyat di luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Dalam pada itu, beliau minta golongan M40 bersabar kerana kerajaan perlukan masa untuk atasi kebimbangan mereka tentang peningkatan kos sara hidup.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat masa ini kerajaan perlu fokus terhadap isu melibatkan golongan miskin dan miskin tegar.
Tambah beliau, golongan M40 turut dapat manfaat menerusi beberapa insentif yang diumumkan semalam antaranya penurunan harga petrol RON95 dan penangguhan kenaikan kadar tol.
Elak Kawasan Pertikaian Thailand-Kemboja
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya elak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
Ia susulan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand dalam pada itu sahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terjejas akibat pertempuran artileri yang sedang berlaku di sana.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 12 individu dilaporkan terkorban akibat pertempuran itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca