← Back to list
Kes Zayn Rayyan : Bapa Lepas, Ibu Bela Diri
Jul 21, 2025
Kes Zayn Rayyan : Bapa Lepas, Ibu Bela Diri
Mahkamah melepas dan membebaskan bapa Allahyarham Zayn Rayyan daripada tuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik, 2 tahun lalu.
Mahkamah mendapati tiada elemen pengabaian dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu diperintah untuk membela diri atas pertuduhan sama selepas mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadapnya.
Pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 dianjak
Pelaksanaan dasar penyasaran subsidi sedang diperhalusi termasuk cadangan berkaitan RON95.
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata waktu pelaksanaannya akan dianjakkan sedikit bagi memastikan sebarang keputusan tidak beri impak negatif kepada rakyat.
Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penyasaran subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca