← Back to list
Tiada kompromi terhadap guru terbabit kegiatan tak bermoral
Jul 17, 2025
Tiada kompromi terhadap warga pendidik yang didapati terbabit kegiatan tidak bermoral.
Ia termasuk jika ada guru terlibat dalam program menyalahi etika pendidikan misalnya satu program motivasi rumah tangga kontroversi ketika ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) tegaskan, pihaknya tidak mahu guru bawa ajaran songsang ke sekolah yang boleh merosakkan ekosistem pendidikan.
Terdahulu, polis Selangor sahkan 6 individu direman berkaitan kes program motivasi rumah tangga yang didakwa bertentangan dengan ajaran Islam serta selit unsur lucah.
---
Jumlah rampasan dadah di Kelantan dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini melebihi RM13 juta.
Angka itu meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Polis Kelantan memaklumkan, bagi tangkapan membabitkan kesalahan narkotik pula, ia merekodkan hampir 15,000 individu.
Menurutnya, ia menunjukkan kejayaan besar dalam usaha memerangi sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah di negeri berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, kegiatan pengedaran dadah di Kelantan mungkin guna lembu dan kambing dengan bahan terlarang itu disumbat dalam dubur haiwan tersebut.
Menurut polis Kelantan, ia berdasarkan maklumat awal dan situasi itu berlaku sejak beberapa bulan lalu.
---
Perdana Menteri kecam sekeras-kerasnya serangan udara terbaru Israel ke atas Damsyik.
Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah pencabulan terhadap kedaulatan Syria serta meragut nyawa orang awam yang tidak berdosa.
Sementara itu, 12 negara kumpulan The Hague termasuk Malaysia mengumumkan komitmen untuk tuntut pertanggungjawaban terhadap kekejaman Israel di Gaza, termasuk sekat penghantaran senjata kepada zionis.
---
Sarawak gesa Kerajaan Persekutuan segera gubal undang-undang bagi mengharamkan penggunaan vape yang boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022, Sarawak catat kadar penggunaan vape tertinggi di Malaysia dalam kalangan remaja.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca