Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

PERHILITAN Laksana Operasi Mega Pindahkan Gajah

Jul 14, 2025


PERHILITAN akan laksana Operasi Bersepadu Translokasi Gajah secara mega membabitkan 25 ekor haiwan itu bermula bulan ini.  

Ia bagi menangani konflik gajah dan manusia secara menyeluruh dan berkesan, dengan Johor jadi negeri pertama lokasi operasi itu. 

Sebagai makluman, hampir 5,000 kejadian membabitkan gajah direkodkan antara tahun 2020 hingga tahun lepas mengakibatkan kerugian hampir RM40 juta. 

--- 

Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati dalam menyertai sebarang program motivasi anjuran pihak luar yang tidak diketahui keberkesanan dan kandungannya. 

Ujar Menteri Pendidikan, KPM sudah sedia pelbagai program sedemikian untuk guru termasuk sokongan kaunseling yang lebih sesuai serta berpandukan objektif pendidikan. 

Ia bagi mengulas dan beri nasihat kepada warga pendidik susulan satu program motivasi rumah tangga kontroversi yang sasar golongan wanita bekerja dan berdepan krisis rumah tangga.

Sementara itu, KPM akan mengadakan perbincangan bagi hadkan jumlah guru yang menyertai aktiviti luar sekolah.  

Ia merupakan antara usaha mengurangkan beban tugas pendidik yang sering dibabitkan dalam tugasan luar sekolah. 

--- 

Pelajar tajaan MARA yang dihantar ke Amerika Syarikat ditawarkan melanjutkan pengajian di  New Zealand susulan sekatan dikenakan negara itu. 

Timbalan Perdana Menteri berkata pelajar tajaan agensi lain termasuk JPA turut dipertimbang untuk dihantar ke universiti di New Zealand. 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga memaklumkan Malaysia bersedia untuk tambah slot tajaan untuk melanjutkan pengajian ke negara Oceania itu. 

--- 

Setiap universiti awam akan melakukan pelupusan program akademik mengikut keperluan masing-masing. 

Jelas Kementerian Pendidikan Tinggi, ia dilakukan apabila program terbabit tidak lagi dapat permintaan daripada penuntut atau mengambil kira peratus siswazah mendapat pekerjaan. 

Terdahulu, KPT minta universiti awam nilai semula semua kursus pengajian yang ditawarkan sekiranya tahap kebolehpasaran graduan mencatatkan kadar bawah 30 peratus.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us