← Back to list
Polis Siasat Penyebaran Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Jul 14, 2025
Polis Siasat Penyebaran Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Polis akan panggil semua saksi bagi bantu siasatan penyebaran dokumen didakwa minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Jelas Ketua Polis Negara tumpuan siasatan terarah kepada pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman serta di media sosial.
Beliau turut menasihati orang ramai jangan dedahkan sebarang dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat atau berdepan tindakan tegas.
Kelantan pandang serius isu salah guna dadah
Kerajaan Kelantan pandang serius isu penyalahgunaan dadah yang mampu menghancurkan masa depan generasi kini dan akan datang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata penahanan dan rampasan dadah besar-besaran sejak kebelakangan ini membuktikan penguatkuasaan sedang berjalan dengan berkesan.
Terbaru, polis berjaya tumpaskan sindiket pengedaran dadah guna peket kacang gajus bernilai lebih RM3 juta susulan penahanan sepasang suami isteri di Kuala Krai.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca