← Back to list
Malaysia akan terus runding isu tarif 25% dengan AS - Tengku Zafrul
Jul 09, 2025
Malaysia akan terus mengadakan libat urus dengan Amerika Syarikat berhubung pelaksanaan tarif diumumkan oleh presiden Donald Trump.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata beberapa isu tertunggak masih perlu dibincangkan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz juga menegaskan kerajaan tidak akan menerima sebarang perjanjian yang akan memberi kesan negatif kepada kepentingan Malaysia.
Terdahulu, Presiden AS Donald Trump umum tarif import 25 peratus ke atas Malaysia yang akan berkuat kuasa 1 Ogos depan.
__
Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang basikal menghalang laluan bas di Jalan Kuala Selangor- Jalan Kuala Lumpur yang tular baru-baru ini.
Setakat ini, polis sudah merakam keterangan pemandu bas dan tiga penunggang basikal bagi bantu siasatan.
__
Dan, penyanyi Amsyar Lee, mara ke peringkat pra separuh akhir pertandingan Sing! Asia, yang dijadual berlangsung di Shanghai, China, minggu ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca