← Back to list
Pelajar MARA ke AS ditukarkan ke universiti setaraf
Jun 16, 2025
MARA akan memastikan semua pelajar cemerlang tajaannya yang tidak dapat menyambung pengajian ke Amerika Syarikat ditempatkan ke universiti setaraf di negara lain.
Pihaknya juga sudah memulakan proses rundingan segera dengan beberapa universiti utama di UK dan beberapa negara lain, termasuk Australia dan Korea Selatan.
Terdahulu, pentadbiran Donald Trump mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing.
__
UPSI beri jaminan pelajar yang cedera dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur Barat, baru-baru ini dibantu dalam urusan tugasan akademik dengan sebaik-baiknya.
Pihak universiti sedang mencari pendekatan terbaik termasuk sistem pembelajaran fleksibel supaya tiada pelajar terjejas yang tercicir atau ketinggalan.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan kemalangan bas persiaran yang membawa 42 pelajar UPSI sehingga mengorbankan 15 pelajar manakala yang lain cedera.
__
Lebih 150 ribu calon lepasan SPM 2024 berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam.
KPT memaklumkan jumlah itu merangkumi lebih 67 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan diterima melalui sistem UPUOnline.
__
Dan, lelaki warga Bangladesh yang tular dalam kemalangan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki, Jumaat lalu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca