← Back to list
Nahas Bas UPSI : Tiada Bukti Kegagalan Fungsi Brek
Jun 15, 2025
Nahas Bas UPSI : Tiada Bukti Kegagalan Fungsi Brek
Kemalangan bas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI, minggu lalu berkemungkinan besar berpunca daripada faktor-faktor lain seperti manusia, keadaan jalan dan sebagainya.
Jelas Menteri Pengangkutan, ini kerana laporan awal Puspakom mendapati tiada bukti kegagalan sistem mekanikal seperti brek dan tayar yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.
Menurut Puspakom, keadaan fizikal brek dan tayar bas itu berada dalam keadaan yang memuaskan.
Terdahulu, pemandu bas berkenaan mendakwa brek kenderaan itu tidak berfungsi ketika berlakunya kemalangan tersebut.
Tangguh perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq dan Jordan
Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia supaya tangguh sebarang perjalanan yang tidak penting ke Iran, Iraq dan Jordan.
Ia susulan ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Israel. Pihaknya turut menasihati rakyat Malaysia di Iran agar sentiasa berwaspada, ikuti perkembangan terkini dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
Jumaat lalu, Israel melancarkan serangan besar ke atas tapak nuklear bawah tanah Iran sebelum Iran melancarkan serangan balas dengan berpuluh peluru berpandu menyasarkan Tel Aviv.
Sementara itu, MARA turut minta pengarahnya di Jordan untuk sentiasa pantau keadaan keselamatan dan kebajikan penuntut tajaannya di sana.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca