← Back to list
PLUS, Yinson GreenTech Bangunkan Hab Runcit Bersepadu dan Pengecasan EV
Jun 11, 2025

PLUS Malaysia Berhad dan Yinson GreenTech Malaysia melalui anak syarikat masing-masing, Terra PLUS Sdn Bhd dan Green EV Charge Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk membangunkan dan mengendalikan Hab Runcit Bersepadu & Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di lokasi-lokasi terpilih sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
Pembangunan pertama akan bermula di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan), menandakan satu pencapaian penting dalam transformasi lebuh raya menjadi destinasi masa depan yang memenuhi keperluan pengguna EV yang semakin berkembang.
Menerusi usaha sama ini, PLUS akan mengetuai pembangunan dan pengurusan komponen runcit komersial serta makanan & minuman (F&B) di hab tersebut bagi meningkatkan keseluruhan pengalaman pengguna, manakala Yinson GreenTech akan bertanggungjawab terhadap pemasangan, operasi dan pengurusan pengecas EV.
Hab EV R&R Seremban akan menjadi yang pertama seumpamanya di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan dijangka siap menjelang tahun 2027. Setakat ini, sebanyak 112 titik pengecasan pantas DC telah diaktifkan di lebuh raya PLUS, melebihi sasaran tahun 2025.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, kerjasama ini merupakan satu pencapaian strategik dalam menyokong Pelan Induk Mobiliti Karbon Rendah Negara 2030 (LCMB) dan aspirasi PLUS ke arah lebuh raya yang mampan dan pintar demi pengalaman perjalanan yang lebih baik buat pelanggan lebuh raya.
Hab ini, yang merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini, akan dipelopori di lebuh raya PLUS. Hab ini bukan sekadar menyediakan kemudahan pengecasan EV, malah merupakan satu langkah transformatif dalam mengintegrasikan perkhidmatan mobiliti dan gaya hidup untuk pelanggan lebuh raya kami, sekali gus menetapkan piawaian baharu bagi kawasan rehat dan rawat.
Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Greentech, Lim Chern Yuan pula menambah, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan PLUS untuk merealisasikan matlamat bersama dalam memudahkan akses kepada pengecas EV. Dengan pengecas yang pantas dan boleh dipercayai ditempatkan di lokasi-lokasi penting di seluruh negara, ia diharap dapat membantu mengurangkan kebimbangan berkaitan jarak perjalanan dan menghapuskan halangan kepada penggunaan EV.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca