← Back to list
Nahas pelajar UPSI: Bantuan sehingga RM3,000 untuk waris mangsa
Jun 09, 2025
Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyalurkan bantuan RM2,000 kepada waris mangsa yang maut.
Manakala, tambahan RM1,000 daripada UPSI diberikan kepada waris semua mangsa terlibat.
__
PDRM akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli, awal pagi tadi.
Menurut Bukit Aman, ia adalah kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan.
Seramai 15 pelajar UPSI maut, manakala yang lain cedera selepas bas dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah MPV.
__
Sementara itu, kerajaan beri jaminan siasatan secara telus dan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata siasatan dijalankan mengambil kira pelbagai kemungkinan termasuk aspek kecuaian dan faktor teknikal.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
__
Dan, Kementerian Kewangan maklumkan SST yang diperluaskan akan berkuat kuasa bermula 1 Julai depan.
Kadar jualan 5 hingga 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan, manakala keperluan asas kekal pada 0 peratus.
Sementara itu, cukai perkhidmatan akan diperluaskan meliputi sewa, pajakan, pembinaan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan swasta dan pendidikan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca