← Back to list
Video Pendek 'The Black Mark' Dilancarkan
Jun 05, 2025
Video Pendek 'The Black Mark' Dilancarkan
Sebuah video pendek berjudul 'The Black Mark' dilancarkan hasil kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi.
Ia membawa mesej mengenai bahaya merokok dan penggunaan vape khususnya dalam kalangan generasi muda sebagai usaha menjamin kesihatan awam.
Video itu akan disiarkan di pawagam-pawagam sebelum tayangan filem melalui Tanggungjawab Sosial Korporat dengan kerjasama pihak FINAS.
Kerajaan rancang bina rumah di atas stesen tren
Perdana Menteri mencadangkan agar projek perumahan rakyat yang baru dibangunkan di atas atau berhampiran stesen pengangkutan awam.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sebagai usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas sekaligus menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam secara menyeluruh.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan memaklumkan kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia setakat ini hanya sekitar 20 peratus, masih belum capai sasaran 40 peratus.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca