← Back to list
Rapid Rail Beri Kerjasama Penuh Siasatan
Jun 04, 2025
Rapid Rail Beri Kerjasama Penuh Siasatan
Rapid Rail kesal dan berdukacita atas insiden seorang penumpang warga Taiwan yang terjatuh dan disahkan meninggal dunia di kawasan landasan Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.
Pihaknya akan berikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut dan akan memastikan bantuan sewajarnya disalurkan kepada waris mangsa.
Perkhidmatan tren berkaitan yang tergendala akibat insiden itu juga katanya telah Kembali beroperasi seperti biasa malam tadi.
Menteri Komunikasi mahu perkukuh kawal selia platform media sosial
Menteri Komunikasi sedia berbincang dengan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi bagi memperkukuh kawal selia platform media sosial di Malaysia.
Datuk Fahmi Fadzil berkata ia penting susulan cadangan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk pinda undang-undang sedia ada.
Ia termasuk mewajibkan ibu bapa dan penjaga pantau tingkah laku dalam talian anak-anak serta menyertai program kesedaran dan pendidikan keselamatan digital.
Amirudin nafi akan kosongkan kerusi DUN Sungai Tua
Datuk Seri Amirudin Shari nafi dakwaan kononnya beliau akan kosongkan kerusi DUN Sungai Tua bagi beri laluan kepada Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mahu sertai PKR.
Jelas Menteri Besar Selangor itu fokus utama beliau untuk menghabiskan penggal pentadbiran negeri dengan penuh tertib dan stabil tanpa sebarang gangguan bersifat politik spekulatif.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca