← Back to list
CUEPACS Sokong Titah Agong
Jun 03, 2025
CUEPACS sokong titah Agong berhubung penjawat awam untuk kekalkan sikap profesional.
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata titah itu menekankan kepentingan penjawat awam melaksanakan tugas secara jujur dan bebas daripada pengaruh politik.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim seru penjawat awam utamakan kepentingan negara dan rakyat, bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda semalam.
.....
Beberapa daerah di tiga negeri kini alami cuaca panas tahap 1 atau berjaga-jaga.
METMalaysia maklumkan kawasan yang terlibat ialah Bandar Baharu di Kedah, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Larut dan Matang di Perak, manakala Machang dan Kuala Krai di Kelantan.
Pihaknya ingatkan orang ramai supaya ambil langkah berjaga-jaga untuk elak kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas itu.
.....
Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di sejumlah kawasan di Perak, Pahang, Selangor dan Sabah sehingga 8 pagi ini.
.....
Polis Terengganu buka 12 kertas siasatan berkaitan kes penipuan peraduan cabutan bertuah melalui capaian pautan sebuah bank.
Pihaknya berkata kes itu mengakibatkan kerugian hampir 260 ribu ringgit sejak Januari lalu dengan kes terbaharu melibatkan dua wanita.
.....
Dalam pada itu, seorang pesara rugi lebih 100 ribu ringgit selepas terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan polis di Johor.
.....
Dan KTMB berkata perkhidmatan KTM Komuter dan ETS alami kelewatan serius susulan kerja migrasi sistem semboyan yang dilanjutkan sehingga hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca