Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Pengesahan Identiti Lindungi Kanak-kanak di Media Sosial

May 28, 2025


Kerajaan sedang teliti beberapa langkah penting bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, termasuk pelaksanaan verifikasi atau pengesahan identiti pengguna. 

Menurut Kementerian Komunikasi, langkah berhubung pengesahan identiti itu penting, bagi melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa kepada pemangsa seksual dalam talian. 

Pihaknya berkata demikian bagi mengulas kes seorang pempengaruh media sosial berhubung dan hantar mesej lucah kepada seorang remaja bawah umur yang tular baru-baru ini.  

Dalam perkembangan berkaitan, polis Selangor memaklumkan pempengaruh tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman 4 hari tamat.  

Terdahulu, pihak polis mendedahkan bahawa perbuatan suspek terhadap mangsa dipercayai bermula sejak awal bulan ini.  

Kes disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.  

--- 

Polis Selangor buka kertas siasatan berkaitan rakaman tular seorang murid dimarah dan diherdik gurunya dipercayai di sebuah sekolah di Kajang.  

Ia susulan laporan daripada seorang guru wanita yang nafi penglibatannya dalam kejadian tersebut. 

Manakala setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa berkaitan kejadian tersebut.  

---  

Umat Islam di Malaysia, Arab Saudi, Singapura dan Kemboja akan sambut Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun ini manakala Indonesia akan menyambutnya sehari lebih awal. 

Sementara itu tempoh khutbah dan solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepanjang musim haji kali ini akan dipendekkan.  

Presiden Hal Ehwal Agama kedua-dua masjid berkenaan mengeluarkan arahan itu ekoran cuaca panas melampau di Arab Saudi ketika ini.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us