Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kerajaan Jamin Harga Petrol RON95 Tak Naik

May 25, 2025


Perdana Menteri beri jaminan bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat. 

Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun cadangan itu pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet namun beliau tidak setuju.  

Beliau juga tegaskan subsidi petrol sepatutnya disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan bukan dinikmati oleh warga asing serta golongan maha kaya. 

Pada pembentangan Belanjawan 2025 lalu, Perdana Menteri memaklumkan penyasaran subsidi RON95 dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini.  

Ia bagi menjimatkan sehingga RM8 bilion wang negara kerana 40 peratus subsidi kini dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi. 

--- 

Kerajaan Melaka akan mengadakan perbincangan berhubung cadangan pengharaman penjualan vape di negeri itu.  

Menurut kerajaan negeri, ia susulan banyak kes penghisap vape dilapor diserang penyakit termasuk radang paru-paru.  

Baru-baru ini Perak memaklumkan, akan memuktamadkan sebarang keputusan berhubung isu penjualan vape di negeri itu selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. 

Sebelum ini, Perlis dan Terengganu mengumumkan akan laksana larangan penjualan produk tersebut, manakala beberapa negeri lain sedang pertimbang langkah serupa.  

---  

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan pelajar yang raih 10A dalam SPM layak terima biasiswa penuh untuk sambung pengajian ke UniKL dan UPTM.  

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga memaklumkan lepasan SPM yang dapat keputusan 5A hingga 7A turut diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di 2 universiti itu.  

--- 

Polis Kelantan sedang siasat sumber bahan kimia yang diguna dalam kejadian simbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pengusaha spa di Bachok, 17 Mei lalu. 

2 suspek kini direman untuk siasatan, manakala seorang lagi sedang diburu.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us