← Back to list
Nurul Izzah Timbalan Presiden PKR Baharu
May 24, 2025
Nurul Izzah Anwar diumum sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu.
Beliau menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli dengan majoritii kira-kira 6 ribu undi.
4 jawatan Naib Presiden PKR pula menyaksikan 3 penyandang iaitu Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Aminuddin Harun & Chang Lih Kang kekal pertahan jawatan.
Manakala Datuk Seri R. Ramanan menjadi muka baharu yang dipilih sebagai Naib Presiden PKR pada Kongres PKR semalam.
.....
Kerajaan dicadang gubal akta TVET untuk memperkasakan ekosistem pendidikan negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan berkenaan adalah untuk memastikan gaji graduan TVET selaras dengan kehendak pasaran masa kini.
Tambah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, perkara itu juga bertujuan untuk menyelaras peranan 12 kementerian yang terlibat dalam pendidikan TVET.
.....
Dua pengawal keselamatan ditahan kerana menolak dan mengoyak notis kesalahan merokok yang dikeluarkan oleh pembantu kesihatan di Kedah.
Polis berkata kejadian itu berlaku ketika operasi penguatkuasaan Anti Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam di kawasan parkir sebuah pasar raya di Kuala Muda.
.....
Polis tahan 11 individu termasuk seorang wanita warga asing dipercayai terbabit aktiviti pertaruhan menggunakan haiwan di Terengganu.
.....
Dan dua warga China maut manakala seorang lagi rakyat negara itu cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di LPT semalam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca