← Back to list
Jangan pamer kekayaan di media sosial - Polis
May 23, 2025
Tindakan segelintir pempengaruh atau individu terkenal yang gemar mempamerkan kekayaan dan gaya hidup mewah di media sosial dilihat semakin membimbangkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberitahu Kosmo, ini kerana perbuatan itu mampu menarik perhatian penjenayah.
Ia susulan beberapa kes antaranya melibatkan usahawan terkemuka yang kerugian berjuta ringgit selepas rumahnya dipecah masuk, tahun lalu.
Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya tidak terlalu mendedahkan kehidupan harian di media sosial bagi mengelak kejadian jenayah.
__
TLDM sahkan sebuah trak tiga tan miliknya terlibat dalam kemalangan babitkan lima buah kenderaan di Langkawi, petang tadi.
30 mangsa terlibat, enam daripada mereka dilaporkan cedera.
__
Seorang lagi suspek direman tujuh hari berkaitan kes simbah asid pengusaha spa di Kelantan, minggu lalu.
Polis berkata lelaki terbabit merupakan rakan kepada suspek wanita yang ditahan kelmarin.
__
Seorang suri rumah dan rakannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak ibu mentua wanita itu di rumahnya di Pekan, Mac lalu.
__
Dan, Aziz Harun lancar lagu baharu berjudul ‘Ruang & Waktu’ di semua platform muzik digital.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca