← Back to list
Syarikat Swasta Perlu Beri Kelonggaran Pada Pekerja Untuk BDR
May 22, 2025
Syarikat Swasta Perlu Beri Kelonggaran Pada Pekerja Untuk BDR
Majikan di syarikat swasta sekali lagi diminta beri kelonggaran kepada pekerja untuk bekerja di rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata peluang seperti ini tidak datang selalu dan menjadi tanggungjawab semua pihak bagi menjayakannya demi menjaga nama baik negara.
Bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN, beberapa laluan akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat mulai esok hingga Rabu depan untuk pergerakan delegasi.
Sementara itu, Deklarasi Kuala Lumpur yang akan dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN bakal menjadi rujukan utama hala tuju masa depan rantau ini.
Menurut Perdana Menteri, ia khususnya dalam aspek tadbir urus, transformasi digital dan kesiapsiagaan strategik.
DBKL akan melaksanakan Pemutihan Penjaja
DBKL akan melaksanakan Pemutihan Penjaja bagi memperkemas pengurusan sector penjajaan di ibu kota.
Ia juga bertujuan untuk buka ruang kepada penjaja tempatan menjalankan perniagaan secara sah dan teratur.
Menurut DBKL, permohonan bagi mendapatkan lesen penjajaan akan dibuka selama sebulan bermula 1 Jun ini dan keputusannya akan dimaklumkan pada bulan Ogos.
Tegasnya semua urusan permohonan hendaklah dibuat secara langsung kepada pihak DBKL kerana pihaknya tidak melantik mana-mana individu atau wakil untuk menguruskan permohonan itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca