← Back to list
Nahas FRU: Polis ingatkan orang ramai tidak buat spekulasi
May 13, 2025
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai nahas melibatkan trak FRU dengan lori muatan batu di Teluk Intan, Perak pagi tadi.
Ia berikutan beberapa maklumat tidak sahih termasuk angka korban yang tersebar di media sosial.
Setakat tengahari tadi, polis sahkan seramai sembilan anggota FRU terkorban dalam insiden tersebut.
__
Sementara itu, pemandu lori muatan batu berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Perak maklumkan pemandu itu turut mempunyai enam rekod kesalahan lampau serta pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah.
__
Dalam perkembangan berkaitan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas trak FRU dengan lori muatan batu di Teluk Intan, Perak pagi tadi.
Seri Paduka Baginda bertitah tragedi itu amat menyedihkan dan menzahirkan doa agar semua keluarga yang terkesan dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi detik sukar.
__
Seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM12,000 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap sepasang suami isteri di ibu kota.
__
Dan, pelakon Hafidz Roshdi dilepas dan dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya, dua tahun lalu.
Perintah itu dikeluarkan selepas pihak pendakwaan memaklumkan pengadu tidak lagi berhasrat untuk meneruskan kes itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca