← Back to list
GiatMARA Diarah Siasat Dakwaan Pelatih OKU Dibuli
May 05, 2025
JPJ Melaka menegaskan kenderaan mikromobiliti tidak boleh digunakan di jalan awam.
Jelasnya pesalah boleh didenda hingga RM1,000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya.
Pihaknya memberi penegasan itu ekoran satu video tular memaparkan 3 individu dipercayai menaiki kenderaan terbabit di jalan awam.
Jelasnya, kenderaan mikromobiliti termasuk e-skuter, hoverboard dan segway hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan seperti taman rekreasi dan laluan khas.
---
Pengerusi MARA telah mengarahkan pihak pengurusan ambil tindakan segera berhubung insiden seorang pelatih yang didakwa jadi mangsa buli di GiatMARA Melaka.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menegaskan, MARA tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan buli, sama ada secara fizikal atau mental.
Sementara itu siasatan awal mendapati kejadian itu dikatakan gurauan kasar sesama pelatih.
----
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memperbanyak keluaran telur ayam gred khas yang lebih murah susulan penamatan subsidi produk itu bermula Ogos nanti.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah berkenaan bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk dapatkan bekalan telur pada harga lebih murah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca