← Back to list
Sudah Boleh Semak Kemasukan Pelatih ke PLKN 3.0 Siri 2
Apr 23, 2025
Semakan panggilan kemasukan pelatih ke PLKN 3.0 Siri 2 tahun ini sudah boleh dibuat menerusi laman sesawang JLKN.
550 pelatih terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei di 2 kem askar wataniah di KL dan Pekan, Pahang.
---
Seorang wanita di Besut, Terengganu diberitakan sanggup buat laporan polis palsu kononnya barang kemasnya bernilai RM7,000 disamun 2 lelaki bersenjata.
Dia mengaku menipu kerana bimbang dimarahi suami akibat beri kawan pinjam barang kemas dan kawannya pula menghilangkan diri selepas itu.
---
Kerajaan Pulau Pinang mengingatkan penduduk di 5 daerah yang terkesan dengan gangguan bekalan air selama 4 hari bermula esok untuk simpan air secukupnya.
---
93 peratus daripada kira-kira 500 pengundi awal menunaikan tanggungjawab bagi PRK DUN Ayer Kuning semalam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca