Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tun Abdullah Meninggal Dunia

Apr 15, 2025


Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.   

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan rasa dukacita dan memaklumkan ia merupakan satu kehilangan besar buat negara.  

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata pemergian Tun Abdullah amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan jasa-jasa beliau dan khidmat beliau kepada tanahair sentiasa dikenang. 

Sementara itu menaikkan gaji penjawat awam, Islam Hadhari dan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) antara jasa terbesar Tun Abdullah semasa menjadi Perdana Menteri selama 6 tahun.  

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berkata, Allahyarham terkenal sebagai seorang negarawan yang berjiwa besar dan penyabar.  

Tun Abdullah yang mesra disapa sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun di IJN malam tadi.   

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Tun Jeanne Abdullah dan 4 orang anak.  

Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Allahyarham Tun Abdullah akan diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara, hari ini.  

Menurut Jabatan Perdana Menteri, jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan dibawa ke Masjid Negara pada 8.00 pagi ini untuk pengurusan dan penghormatan terakhir.   

Penghormatan awam akan diadakan di ruang solat utama Masjid Negara dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari nanti.   

Jenazah kemudian akan disembahyangkan selepas solat Zuhur dan dikebumikan di Makam Pahlawan.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us