← Back to list
Tragedi Putra Heights: KKM lapor polis, nafi dakwaan ada kematian
Apr 10, 2025
Kementerian Kesihatan nafi sebarang laporan kematian membabitkan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights seperti tular di media sosial.
Susulan itu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan komen tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran awam.
Pihak MCMC turut dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan satu laporan polis juga sudah dibuat.
__
Mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights didakwa sukar mendapatkan kediaman sementara untuk disewa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia berikutan pemilik rumah mengenakan bayaran deposit dua hingga tiga bulan.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan penghuni 190 rumah yang terjejas sudah dibenarkan pulang setelah disahkan selamat oleh agensi berkaitan.
Tambahnya, sebanyak 306 rumah juga telah dibekalkan semula dengan bekalan elektrik oleh pihak TNB.
__
Dan, tiga mangsa yang terjejas diarahkan untuk mengambil cuti tanpa gaji oleh majikan mereka.
Jabatan Tenaga Kerja berkata aduan itu diterima berikutan pekerja berkenaan telah kehabisan cuti tahunan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca