← Back to list
KPKT Fokus Pemulihan Rumah Mangsa Letupan Paip Gas
Apr 10, 2025
KPKT Fokus Pemulihan Rumah Mangsa Letupan Paip Gas
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan fokus terhadap inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights.
Susulan itu, pihaknya tubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian antaranya Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan PR1MA.
KPKT turut salurkan peruntukan RM2 juta bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan kebakaran tersebut.
Trump tangguh tarif baru
Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan penguatkuasaan tarif baru selama 90 hari ke atas semua negara kecuali China.
Ini bermakna hanya kadar tetap tarif 10 peratus ke atas semua negara akan terus dikekalkan.
Jelas Trump, keputusan itu diambil selepas lebih 75 negara menghubungi pentadbirannya untuk berunding dan tidak mengambil tindakan balas terhadap Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, pihaknya menaikkan tarif yang dikenakan ke atas import dari China kepada 125 peratus selepas China mengenakan tarif balasan 84% ke atas semua import Amerika.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca