← Back to list
Syarikat Telco Bantu Mangsa Kebakaran Paip Gas
Apr 09, 2025
Syarikat Telco Bantu Mangsa Kebakaran Paip Gas
Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tawarkan bantuan bagi meringankan beban mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
Menteri Komunikasi berkata ia meliputi pengecualian bayaran perkhidmatan pra-bayar dan pascabayar bagi tempoh tertentu, penggantian peralatan serta penukaran kad sim secara percuma kepada pelanggan yang terjejas.
Tambah Datuk Fahmi Fadzil perkhidmatan wifi 5G percuma juga disediakan untuk penduduk yang berlindung di PPS Putra Heights.
Dalam perkembangan berkaitan, MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan 2 PPS yang menempatkan mangsa kebakaran paip gas Putra Heights dijangka akan ditutup minggu ini.
Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan meningkat.
Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan sangat membimbangkan.
Menurut polis, tahun lalu sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan di negeri
itu, meningkat lebih 22 peratus berbanding tahun sebelumnnya.
Hasil siasatan mendapati sebanyak 98 peratus kes yang dilaporkan adalah suka sama suka
melibatkan manga bawah umur.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca