Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Meta umum ciri keselamatan Teen Accounts

Apr 09, 2025


Meta mengumumkan pengguna Instagram berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan guna ciri siaran langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga. 

Ciri keselamatan Teen Accounts itu akan diuji terlebih dahulu di AS, UK, Kanada dan Australia dalam beberapa bulan akan datang serta bakal diperluaskan ke Facebook.  

Ia sejajar usaha di banyak negara untuk hadkan atau haramkan penggunaan media sosial di bawah usia tertentu ekoran kesan buruknya terhadap perkembangan mental golongan muda. 

---  

Laporan siasatan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dijangka siap lebih awal berbanding tempoh 2 minggu yang ditetapkan sebelum ini. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini susulan jawatankuasa siasatan teknikal menjalankan proses siasatan 24 jam tanpa henti bermula Isnin lalu. 

Beliau juga memaklumkan pihaknya telah terima 675 laporan polis berkaitan kejadian itu dan 186 saksi selesai dirakam percakapan. 

Sementara itu bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi yang terjejas akibat insiden berkenaan dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.

--- 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi saran kadar elaun lebih 10,000 sukarelawan APM dinaikkan daripada RM40 kepada RM80 ringgit sehari. 

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ia wajar diseragamkan dengan pasukan sukarelawan lain sejajar sumbangan APM kepada masyarakat.  

---  

Polis Shah Alam telah tahan seorang remaja lelaki disyaki pesakit mental yang dilihat berlari tanpa pakaian semalam.  

Dia kemudian diserahkan kepada keluarga untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us