← Back to list
Letupan Paip Gas : Lebih 600 Laporan Polis Diterima
Apr 07, 2025
Letupan Paip Gas : Lebih 600 Laporan Polis Diterima
Lebih 600 laporan polis diterima dengan keterangan saksi sudah diambil berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights.
Tambah Datuk Hussein Omar Khan, ia termasuk 1 laporan polis yang mendakwa ada individu bermain mercun berhampiran kawasan insiden pada malam sebelum kejadian itu berlaku.
Sementara itu, 38 mangsa yang terlibat dalam insiden itu masih terima rawatan di hospital dan klinik.
Menurut KKM tiada mangsa dirawat di ICU dan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini.
Dalam perkembangan berkaitan pelajar IPT yang jadi mangsa insiden letupan paip gas itu dibenarkan untuk mengikuti pelajaran secara dalam talian menjelang sesi pengajian yang bermula hari ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi berkata ia melibatkan penuntut di universiti awam dan institusi lain seperti politeknik serta kolej komuniti.
PM beri jaminan Malaysia tidak akan alami kemelesetan ekonomi buat masa ini
Malaysia tidak akan alami kemelesetan ekonomi buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika.
Itu jaminan Perdana Menteri memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.
Jelas beliau, ia disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang teguh, pelaburan kukuh domestik, pendapatan pelancongan yang baik dan pelaksanaan pelan induk negara yang berterusan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap Amerika.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca