← Back to list
Tragedi Putra Heights: Rumah rosak kurang 20 peratus selamat untuk dihuni - KP Bomba
Apr 05, 2025
Mangsa insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights akan dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba bagaimanapun berkata hanya kediaman yang alami kerosakan kurang daripada 20 peratus akan dibenarkan dihuni semula.
Jelas Datuk Nor Hisham Mohammad, kebanyakan rumah yang dikategorikan selamat dihuni hanya alami kerosakan kecil seperti cermin tingkap pecah selain kesan bahang kecil pada bumbung dan siling.
Tambahnya keputusan tersebut dibuat bagi menjamin keselamatan penghuni kediaman berkenaan.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor berkata 85 rumah disahkan selamat dan penghuni dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai malam semalam.
__
Polis sedang mengenalpasti sama ada wujud sebarang unsur jenayah yang mengakibatkan insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights.
Ketua Polis Selangor berkata satu kertas siasatan berhubung perkara berkenaan sudah dibuka.
Jelas Datuk Hussein Omar Khan, setakat ini 56 keterangan dirakamkan termasuk saksi utama, iaitu seorang pengawal keselamatan yang turut cedera dalam kejadian itu.
Tambahnya, polis juga menerima 20 rakaman papan pemuka kenderaan daripada media sosial dan saksi kejadian bagi bantu siasatan.
__
Dan, Kementerian Pendidikan menegaskan video tular yang mendakwa lagu 'Negaraku' dinyanyikan dalam bahasa lain di sebuah sekolah di Perak adalah tidak benar.
Sebaliknya, lagu yang dinyanyikan merupakan lagu kebesaran negeri tersebut.
KPM menasihatkan masyarakat agar tidak terpengaruh dengan maklumat yang mengelirukan dan mengancam perpaduan negara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca