Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tragedi Paip Gas Terbakar: Hasil Siasatan Awal Diumumkan Hari Ini

Apr 04, 2025


Bantuan awal kepada pemilik kediaman yang terjejas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan mula disalurkan Isnin depan.  

Menteri Besar Selangor berkata, ia merupakan bantuan RM5,000 dan RM2,500 ringgit yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. 

Menurut Datuk Seri Amirudin Shari lagi, keutamaan diberikan kepada keluarga yang rumah mereka musnah sepenuhnya. 

Sebagai rekod 87 rumah didapati rosak sepenuhnya dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah masih boleh dihuni selepas diperbaiki.  

Dalam pada itu penemuan awal siasatan insiden berkenaan dijangka mula diumumkan hari ini. 

Ujar Datuk Seri Amirudin, pelbagai agensi termasuk PDRM, JKR serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sedang meneliti kejadian itu.  

Penyiasat juga pertimbang semua bukti termasuk dakwaan dan gambar di media sosial. 

---  

Penggunaan telefon bimbit dan ketiadaan pemandu ke-2 dikesan antara kesalahan serius syarikat dan pemandu bas ekspres susulan operasi khas JPJ sempena Aidilfitri.  

Ia hasil penyamaran yang dilakukan pegawai JPJ yang menyaksikan lebih 100 kesalahan tersebut berjaya dikesan.  

Penumpang bas juga boleh melaporkan aduan berkaitan kesalahan lalu lintas secara terus atau real-time menggunakan aplikasi MyJPJ bersama butiran lengkap maklumat. 

Sementara itu PLUS jangka lebih 2 juta kenderaan sehari akan berada di rangkaian lebuh rayanya untuk tempoh 3 hari bermula hari ini. 

---  

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas kecam tindakan Hungary tarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sejurus tibanya Perdana Menteri Israel di Budapest untuk lawatan selama 4 hari.  

Ia merupakan lawatan pertama Benjamin Netanyahu ke Eropah sejak ICC mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana jenayah perang di Gaza.  

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch turut gesa Hungary tahan Netanyahu dan serahkannya kepada ICC. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us