← Back to list
Bomba sahkan kebakaran paip gas di Putra Heights
Apr 01, 2025
Satu kebakaran besar berlaku di sebuah stesen minyak di Putra Heights, Puchong, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sahkan kejadian itu berpunca daripada kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana.
Terdahulu, beberapa perkongsian memaparkan kejadian api yang sedang marak tular di media sosial.
__
Kanak-kanak autistik berusia empat tahun yang hilang dari rumahnya di Baling, Kedah sejak Jumaat lalu ditemukan meninggal dunia.
Ia susulan penemuan jasad kanak-kanak itu di kawasan Sungai Kupang, kira-kira 500 meter dari rumahnya.
__
Enam lelaki direman tiga hari bagi bantu siasatan kes pergaduhan yang berpunca daripada provokasi di Medan Seri Keramat.
__
Dan, Myanmar umum tempoh berkabung selama seminggu.
Ia susulan gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda negara itu, Jumaat lalu yang turut dirasai di beberapa negara jiran.
Setakat ini, angka korban melebihi 2,000 orang, hampir 4,000 cedera manakala 270 lagi masih dilaporkan hilang.
Sementara itu, jumlah kematian di Bangkok, Thailand meningkat kepada 19 orang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca