Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran

Mar 28, 2025


Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila sebuah masjid di Mandalay runtuh akibat gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar. 

Ia turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa negara jiran termasuk Thailand. 

AFP melaporkan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Chatuchak turut runtuh akibat gegaran itu.  

Perdana Menteri Thailand pula telah mengisytiharkan darurat berikutan gempa bumi tersebut.  

Sementara itu, gempa bumi itu turut dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia terutama di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. 

Pengguna laman sosial Facebook dari ketiga-tiga negeri itu berkongsi rasa terkejut apabila merasai gegaran kecil di kediaman masing-masing. 

Bagaimanapun, MetMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia susulan kejadian itu.

__

Jumlah penumpang khususnya bagi perlepasan dalam negeri di KLIA2 dilaporkan mulai sesak menjelang Aidilfitri. 

Berdasarkan tinjauan Kosmo! pagi tadi, kapasiti penumpang terutama penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan terus meningkat hari ini berbanding semalam. 

Dalam pada itu, AirAsia menasihatkan penumpang berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga jam bagi penerbangan antarabangsa. 

Ia bagi membolehkan penumpang melalui proses perjalanan dengan lebih selesa dan terkawal. 

__

Dan, tiga beranak antara lima yang maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Kluang, malam tadi. 

Ketua Polis Kluang berkata hasil siasatan awal mendapati nahas berpunca daripada tayar hadapan kanan treler terbabit pecah lalu hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us