Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kerajaan Akan Umum Perincian Diskaun Tol Sempena Aidilfitri

Mar 20, 2025


Malaysia akan memasuki fasa peralihan monsun Selasa depan dan diramal berterusan sehingga Mei.  

MetMalaysia jangka hujan lebat dan angin kencang melanda negara pada petang dan awal malam serta berpotensi menyebabkan banjir kilat dalam tempoh tersebut.  

Sementara itu banjir di Johor makin buruk menyaksikan jumlah sudah melebihi 4,000 orang dan menjejaskan 5 daerah. 

Sabah pula mencatatkan 250 mangsa dan di Sarawak 16 penduduk berlindung di PPS.

---

Kerajaan akan meneruskan pemberian diskaun bagi bayaran tol sempena Aidilfitri seperti dilaksanakan ketika sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini. 

Menurut Kementerian Kerja Raya, perincian mengenai pemberian potongan tol sebanyak 50 peratus itu akan diumumkan dalam masa terdekat ini. 

---

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 30 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. 

---  

Polis Pahang meluluskan lebih 200 permohonan permit menjual bunga api dan mercun kepada peniaga di negeri itu sempena Aidilfitri tahun ini. 

Pihaknya juga memaklumkan setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kemalangan membabitkan bunga api mahupun mercun di Pahang.

---

Prosiding rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan kes dana ARMADA ditangguhkan selepas Aidilfitri iaitu 17 April.  

Mahkamah Rayuan memaklumkan, penangguhan kes Ahli Parlimen Muar itu disebabkan faktor kesihatan Timbalan Pendakwa Raya.  

---  

Keputusan UPKK 2024 menyaksikan lebih 22 ribu murid catat keputusan cemerlang A dalam kesemua 9 mata pelajaran. 

Pencapaian Gred Purata Skor secara keseluruhan pula ialah 1.85 mata berbanding 1.89 mata pada 2023.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us