← Back to list
2 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri
Mar 19, 2025
PLUS jangka lonjakan trafik yang ketara menjelang sambutan Aidilfitri, dengan anggaran melebihi 2 juta kenderaan pada 3 hari sebelum perayaan itu.
Trafik juga dijangka memuncak di lebuh raya-lebuh raya PLUS pada 3 hari selepas perayaan bermula 4 April.
Susulan itu pihaknya ambil beberapa langkah termasuk pengaktifan 28 laluan SmartLane di lokasi strategik dengan tambahan 3 lokasi baru.
Larangan terhadap kenderaan berat turut akan dikuatkuasakan 2 hari sebelum dan 2 hari selepas perayaan.
---
Santan jadi antara 26 jenis barangan yang dimasukkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2025.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan ia bagi memastikan harga barangan keperluan utama musim Aidilfitri itu tidak naik mendadak selepas isu kekurangan bekalan kelapa sejak akhir bulan lalu.
Skim berkenaan akan mula berkuat kuasa dari 24 Mac hingga 7 April.
---
Warga emas yang didakwa tampar seorang pemuda bukan Muslim di Johor Bharu, Ahad lalu mengaku tidak bersalah selepas dikenakan tuduhan baru iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.
Ia hanya beberapa jam selepas dia dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah majistret yang sama kerana faktor teknikal.
---
Mahkamah Rayuan sahkan tiada keputusan dibuat pada hari ini berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi ketepikan sabitan dan hukuman atas 4 kesalahan berkaitan dana Armada.
---
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia tahan 15 warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini dengan menyamar sebagai pasukan kriket.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca