← Back to list
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan 6 jam
Mar 14, 2025
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan hampir enam jam di ibu pejabat SPRM.
Ia bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
Terdahulu, SPRM mendedahkan wang tunai RM170 juta serta jongkong emas ditemui di sebuah kediaman dipercayai dijadikan sebagai 'safehouse' oleh pembantu kepada bekas Perdana Menteri itu.
__
Perintah mewajibkan premis perkhidmatan dan jualan produk kesihatan memaparkan harga bukan untuk mengawal harga.
Sebaliknya Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, ia hanya bertujuan untuk memberi pilihan kepada pengguna sebelum membuat keputusan.
Tambahnya, rakyat mempunyai hak untuk mendapat maklumat tentang apa yang dibayar.
Terdahulu, hospital dan klinik swasta diarah memaparkan harga ubat-ubatan di fasiliti mereka mulai 1 Mei depan, selaras dasar ketelusan harga dalam perkhidmatan kesihatan.
__
APAD akan mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada bas ekonomi yang berminat bagi menampung permintaan tinggi sempena musim perayaan Aidilfitri.
Pihaknya turut melaksanakan pemantauan rapi bagi memastikan pengendali-pengendali bas mematuhi jadual tambang yang ditetapkan.
Pengendali bas yang gagal mematuhi jadual tambang sedia ada boleh dikenakan tindakan penggantungan atau pembatalan lesen pengendali.
__
Dan, Mimifly bakal lancar video muzik lagu baharunya ‘Serumpun’ jam 11:11 malam ini!
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca