← Back to list
SPRM Siasat JPN Berhubung Sindiket Pendaftaran Kelahiran
Mar 13, 2025
SPRM akan lakukan siasatan terperinci terhadap Jabatan Pendaftaran Negara berkaitan sindiket pendaftaran kelahiran.
Ini susulan penahanan 16 individu termasuk pengamal perubatan bergelar Datuk Seri menerusi operasi di sekitar Lembah Klang dan Johor baru-baru ini.
Pihaknya berkata sindiket itu didakwa menggunakan dokumen palsu untuk mendaftarkan kelahiran bukan warganegara sebagai rakyat Malaysia.
.....
Kanak-kanak yang berpuasa dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti berintensiti tinggi terutamanya ketika cuaca panas.
Pakar perubatan kesihatan awam, Dr Mohamad Hazizi Mohamad Hasani berkata ia bagi elak mereka alami kepenatan melampau dan dehidrasi menjelang waktu berbuka.
Dr Hazizi turut nasihatkan mereka supaya makan makanan yang seimbang dan berkhasiat ketika berbuka dan bersahur bagi memastikan badan menerima nutrisi secukupnya sepanjang berpuasa.
.....
Kira-kira 4,100 mangsa banjir direkodkan di Sabah ketika ini dengan Beaufort (Bofort) mencatatkan daerah yang paling terjejas.
Manakala di Pahang, hampir 30 mangsa banjir direkodkan di Raub.
.....
Perdana Menteri mahu 70 peratus murid yang daftar masuk ke sekolah berasrama penuh di bawah KPM dan MARA untuk ikuti STEM bermula tahun depan.
.....
Kerajaan Kelantan nasihatkan rakyatnya agar tidak berkunjung ke selatan Thailand dalam masa terdekat susulan insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok baru-baru ini.
.....
Dan Rapid Rail maklumkan kerja baik pulih sedang dijalankan susulan insiden sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut yang melanda ibu kota petang semalam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca