← Back to list
Astro Audio Sambut Baik Keputusan MCMC, ERA Tidak Digantung
Mar 12, 2025
Astro Audio sambut baik keputusan MCMC kerana tidak gantung lesen penyiaran radio ERA.
Dalam satu kenyataan, MCMC kenakan kompaun sebanyak RM250,000 kepada ASTRO susulan video kontroversi babitkan 3 penyampai radio ERA.
Astro Audio juga komited untuk bina semula kepercayaan pendengar dan akan pastikan kandungan mereka mencerminkan perpaduan dan saling menghormati.
.....
SPRM akan ambil keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok bagi bantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Pihaknya maklumkan bekas Perdana Menteri itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok susulan sijil sakit beliau berakhir hari ini.
.....
Polis terima maklumat terbaharu berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak, Zayn Rayyan yang babitkan pautan rakaman video.
Ini selepas ibu kepada Zayn Rayyan membuat laporan polis berhubung satu pautan video TikTok yang diterimanya melalui aplikasi WhatsApp.
.....
Dalam pada itu, polis akan laksanakan penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat di sekitar ibu kota bagi Perayaan Tahunan Masi Magam hari ini.
.....
Kira-kira 4,500 mangsa banjir direkodkan di Sabah ketika ini dan Beaufort mencatatkan daerah paling terjejas dengan kira-kira 2 ribu mangsa.
.....
Dan insiden letupan bom dan tembakan di Sungai Golok baru-baru ini menyebabkan penurunan perjalanan merentas sempadan Malaysia-Thailand sekali gus beri impak kepada ekonomi tempatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca