← Back to list
Transaksi Skim Pengguna 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' Melonjak
Mar 11, 2025
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' meningkat ketara!
Pada separuh ke-2 tahun lalu transaksinya mencecah RM7.1 bilion, melonjak daripada RM4.9 bilion dalam separuh pertama.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) terdapat 5.1 juta pengguna aktif skim itu, majoritinya berusia 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan kurang 5,000 ringgit sebulan.
MOF juga memaklumkan peningkatan transaksinya masih terkawal namun wujud kebimbangan terhadap tahap hutang isi rumah.
---
Kerajaan akan memperluaskan program jualan murah bagi bantu rakyat beli barangan keperluan pada harga lebih berpatutan menjelang musim perayaan.
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara memaklumkan, ia merangkumi Jualan Rahmah MADANI, Jualan Pra Syawal di Pasar Tani dan Jualan Agro MADANI.
Sementara itu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan jamin bekalan 11 komoditi agromakanan utama termasuk beras, kelapa, dan ayam mencukupi untuk keperluan Ramadan dan Aidilfitri.
---
Keluarga terjejas banjir di Beaufort dan Membakut, Sabah akan terima bantuan kewangan kecemasan 1,300 ringgit daripada kerajaan pusat dan negeri.
Ketika ini, 5 daerah terjejas banjir di Sabah melibatkan hampir 4,900 penduduk.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca