← Back to list
Ismail Sabri adalah suspek, dipanggil semula Rabu ini - SPRM
Mar 03, 2025
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan tambahan oleh SPRM, Rabu ini.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia mungkin akan ditangguh bergantung kepada tahap kesihatan Ismail Sabri.
Terdahulu, SPRM sahkan Datuk Seri Ismail Sabri merupakan suspek berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di sebuah 'safe house'.
__
Kementerian Komunikasi akan mewujudkan platform bagi mencabar tindakan menurunkan kandungan atau hantaran di media sosial.
Timbalan Menteri, Teo Nie Ching berkata ia membolehkan pemilik akaun memfailkan pembelaan dan alasan bagi pertahankan setiap kandungan atau hantaran masing-masing.
__
Dalam perkembangan lain, kumpulan Floor88 sekali lagi berkolaborasi dengan Baby Shima dalam pembikinan lagu 'Lagi Lagi Tak Dapat Raya'.
__
Dan, filem No Other Land yang mengisahkan konflik Israel-Palestin memenangi Anugerah Oscar untuk Filem Dokumentari Terbaik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca