Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

SPRM Siasat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Mar 03, 2025


SPRM sahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. 

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara. 

Bulan lalu 4 pegawai kanan Datuk Seri Ismail Sabri ditahan berkaitan siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram. 

Sementara itu SPRM sahkan telah rampas wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas bernilai RM7 juta selepas geledah sebuah kediaman dan 3 pejabat. 

--- 

Ops Pantau 2025 kini berlangsung di seluruh negara hingga Aidilfitri bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang.  

KPDN memaklumkan, antara lokasi tumpuan operasi itu ialah bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam dan kedai runcit. 

Antara fokus operasi tersebut ialah berkaitan bekalan dan harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbang dan penjualan barang keperluan Hari Raya. 

---  

Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan dan sektor pertanian  negara ekoran corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global.  

Justeru Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tegaskan, perlu ada kerjasama serantau bagi menangani kemungkinan kekurangan bekalan makanan. 

Malaysia kini mempunyai stok beras yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan namun pengeluaran telah turun daripada 71 peratus kepada 56 peratus ekoran perubahan iklim dan cuaca tidak menentu.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us