Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Ramadan: Penjawat awam persekutuan dibenar pulang 30 minit awal

Feb 28, 2025


Penjawat awam persekutuan diberi pilihan untuk pulang setengah jam lebih awal daripada waktu bekerja sebenar sepanjang bulan Ramadan ini. 

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata arahan itu diputuskan menerusi peraturan waktu bekerja fleksi yang telah dimuktamadkan sebelum ini. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Putrajaya hari ini.  

__

Enam bekas penuntut UPNM yang didakwa menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lalu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati. 

Mahkamah Persekutuan menerima rayuan akhir semua perayu atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman berkenaan.  

Justeru, hukuman penjara 18 tahun terhadap kesemua mereka dikekalkan seperti diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini. 

__

Dan, polis masih menyiasat punca kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah selepas menyertai aktiviti merentas desa, semalam. 

Setakat ini, kematian remaja itu dikategorikan sebagai 'menunggu analis makmal' disebabkan hasil bedah siasat tidak lengkap. 

Terdahulu, media melaporkan pelajar itu rebah selepas berjaya menamatkan aktiviti merentas desa sejauh enam kilometer.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us