← Back to list
Pelaksanaan caj mampu kurangkan 20 peratus kesesakan di KL - Menteri
Feb 27, 2025
Cadangan pelaksanaan caj kesesakan di Kuala Lumpur dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 20 peratus.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan pelaksanaan caj kesesakan di beberapa bandar antarabangsa.
Selain KL, caj kesesakan juga dipertimbangkan di Georgetown dan Johor Bahru.
__
Polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang ditemui meninggal dunia semalam.
Menurut Ketua Polis Kelantan, siasatan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan jenayah, namun tidak menolak kemungkinan ada unsur kecuaian.
Semalam, Hud Aryan ditemui meninggal dunia selepas mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai di Kampung Kerila.
__
Dan, lelaki OKU yang mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali minggu lalu, mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Hukuman terhadap pesalah itu akan diputuskan pada 27 Mac depan, selepas mahkamah mendapat laporan sosial daripada JKM.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca