← Back to list
Pertingkatkan Aspek Keselamatan Di Stesen LRT
Feb 23, 2025
Pertingkatkan Aspek Keselamatan Di Stesen LRT
Menteri Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren khususnya kemudahan bagi golongan OKU dikaji semula dan dipertingkatkan.
Jelas Anthony Loke, antara langkah diambil Prasarana termasuk pemasangan CCTV pintar yang berupaya mengesan perilaku berisiko di stesen.
Beliau turut nasihatkan penumpang termasuk golongan OKU yang perlukan bantuan tambahan agar hubungi kakitangan Prasarana atau Polis Bantuan di stesen bagi perhatian sewajarnya.
Semalam, seorang lelaki OKU maut selepas dipercayai terjatuh di rel dan dilanggar tren di Stesen LRT Titiwangsa.
KPDN perketat pemeriksaan harga barang
KPDN proaktif dalam melaksanakan pemeriksaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata is bagi memastikan peniaga tidak ambil kesempatan untuk mencatut atau naikkan harga barang yang tidak selaras dengan undang-undang.
Ia antara usaha dalam memastikan keberadaan bekalan barang keperluan pada harga munasabah sempena Ramadan dan Aidifitri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca