← Back to list
Segera Laksana Inisiatif Penguasaan Bahasa Inggeris
Feb 12, 2025
Perdana Menteri mahu Kementerian Pendidikan (KPM) segera laksana inisiatif penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid khasnya di sekolah menengah.
Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, perancangan dalam reformasi pendidikan tidak boleh ambil masa terlalu lama.
Sementara itu peperiksaan SPM 2024 melibatkan lebih 400,000 calon yang baru berakhir 6 Februari lalu berjalan lancar.
Menurut KPM walaupun peperiksaan itu diadakan dalam musim Tengkujuh yang akibatkan banjir di beberapa negeri, ia berjaya dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama pelbagai pihak.
Dalam pada itu kira-kira 900 calon SPM 2024 di Johor dilapor tidak menduduki peperiksaan utama itu.
Antara sebabnya mereka anggap SPM tidak penting dan yakin boleh mendapat pekerjaan di Singapura.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membangunkan Sistem Pengesanan Murid KPM yang diperkukuhkan dengan Kepintaran Buatan (AI).
Ia bertujuan kesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, murid tercicir dan kanak-kanak yang tidak dapat akses pendidikan.
KPM juga telah melaksanakan program outreach dengan kerjasama komuniti setempat bagi bantu murid tercicir kembali ke sekolah.
Hasilnya tahun lalu, kira-kira 880 murid sekolah rendah dan hampir 2,000 murid sekolah menengah kembali bersekolah.
---
Negara dijangka alami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka tamat pertengahan bulan depan.
Menurut MetMalaysia, dalam tempoh itu litupan awan dan taburan hujan berkurangan di majoriti tempat terutamanya di utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca