← Back to list
Kerajaan Lancar Chatbot AI Dikenali Sebagai AIFA
Jan 28, 2025
Kerajaan Lancar Chatbot AI Dikenali Sebagai AIFA
Kerajaan lancar Chatbot sebenarnya.my dikenali sebagai AIFA.
Menteri Komunikasi berkata ia dibangunkan dengan kecerdasan buatan, AI untuk memerangi berita dan maklumat palsu.
Jelas Fahmi Fadzil, AIFA yang diterajui oleh MCMC itu boleh diakses menerusi aplikasi WhatsApp dan portal Sebenarnya.my serta tersedia dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Tambahnya dengan kemudahan ini, masyarakat boleh sahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian dengan mudah, pantas dan boleh dipercayai.
Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan
Majikan diingatkan supaya tidak memaksa pekerja ambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Jelas Kementerian Sumber Manusia, pihaknya terima aduan mengenai perkara itu ekoran ada majikan yang mahu tutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am bagi perayaan tersebut.
Tegas KESUMA, pekerja berhak untuk menentukan cuti tahunan yang hendak dimohon dan majikan tidak boleh memaksa mereka bagi mengurangkan kos perniagaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca