← Back to list
OP Selamat 23 : Lebih 3,000 Anggota Polis Akan Digerakkan
Jan 27, 2025
OP Selamat 23 : Lebih 3,000 Anggota Polis Akan Digerakkan
Lebih 3,000 anggota polis akan ditugaskan sempena OP Selamat 23 yang akan berlangsung selama 6 hari mulai esok sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman fokus utama dalam operasi kali ini adalah lebuhraya utara selatan dan pantai timur kerana aliran trafik yang tinggi.
Tambahnya, kenderaan berat seperti lori tidak dibenarkan berada di atas jalan raya sepanjang tempoh Op Selamat itu dijalankan.
Had laju Jalan Persekutuan turun kepada 80 kilometer sejam
Had laju di semua Jalan Persekutuan akan diturunkan daripada 90 kepada 80 kilometer sejam sepanjang Op Bersepadu selama 6 hari mulai esok sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Menteri Kerja Raya berkata kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak jejaskan aliran trafik.
Ada kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu
Jabatan Penjara sahkan berlakunya kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu, yang menyebabkan seorang banduan meninggal dunia.
Jelasnya, laporan polis sudah dibuat berkaitan kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Sementara itu, polis Perak berkata keterangan 82 individu termasuk pegawai penjara sudah diambil bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca