← Back to list
Gencatan senjata di Gaza diharap segerakan penyelesaian dua negara
Jan 20, 2025
Perjanjian gencatan senjata di Gaza diharap dapat dilaksanakan segera secara komprehensif.
Menteri-Menteri Luar ASEAN berkata ia bagi mencapai matlamat penyelesaian dua negara.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pula memberi penekanan kepada pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dengan sebarang penahanan selepas ini tidak dilakukan.
Sementara itu, menurut Hamas, sebahagian daripada lebih 90 tahanan Palestin terdiri daripada wanita dan remaja lelaki dibebaskan.
Pembebasan tahanan Palestin itu adalah sebagai pertukaran bagi kepulangan tiga tebusan Israel.
__
Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian pukul seorang lelaki OKU dalam kejadian di Kemaman, Terengganu Jumaat lalu, direman tiga hari bermula hari ini.
Polis Kemaman sahkan setakat ini lima suspek telah ditahan bagi bantu siasatan.
__
Dan, pakej servis kereta MADANI mampu milik akan diperkenalkan di lebih seratus cawangan AutoExpert Petronas di seluruh negara.
Menurut kerajaan, skim itu akan bermula dari 24 hingga 28 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca