← Back to list
JAKIM sahkan 'ham and cheese sandwich' dijual di UM tiada sijil halal
Jan 13, 2025
KPDN menyerbu kilang yang membuat sandwich di Sunway Damansara, Petaling Jaya kerana disyaki menyalah guna logo halal.
Ia berkata premis yang membuat dan membekalkan produk sandwich itu disyaki menggunakan penandaan logo halal JAKIM yang tamat tempoh.
Terdahulu, tular melalui aplikasi TikTok berkaitan produk 'ham and cheese sandwich' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya.
__
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diperluaskan kepada tingkatan enam untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata langkah penambaikan diberi perhatian termasuk daripada segi pengkreditan bantuan berkenaan.
BAP tahun ini diperluaskan kepada tingkatan enam dengan nilai keseluruhan lebih RM720 juta untuk manfaat hampir 5 juta murid dan pelajar seluruh negara.
__
Dan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor telah ambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat memasukkan beberapa kucing ke dalam guni di sebuah pangsapuri di Batu 9 Cheras, Kajang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca