← Back to list
Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR
Jan 07, 2025
Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR
Kerajaan tangguhkan projek mega termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi, HSR KL-Singapura buat masa ini kerana perlu selesaikan beberapa isu tertunggak.
Perdana Menteri berkata kerajaan berdepan kekangan selain tumpuan diberikan kepada projek rakyat seperti mitigasi banjir dan infrastruktur asas.
Susulan itu, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim keputusan untuk hidupkan semula projek HSR bergantung kepada pembabitan sepenuhnya sektor swasta tanpa membebankan kerajaan.
Datuk Seri Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Fahmi Fadzil selar dakwaan KDN tidak hormat Titah Adendum
Menteri Komunikasi menyelar dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri tidak menghormati Titah Adendum yang dipercayai dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Jelas Fahmi Fadzil, KDN hanya bertindak mengikut prosedur dalam kes membabitkan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri berkata Jabatan Penjara tidak terima sebarang titah tambahan yang membenarkan bekas PM itu jalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Tegasnya, pihak penjara hanya terima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Datuk Seri Najib.
Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib untuk semakan kehakiman berhubung Titah Adendum.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca